Saturday, June 13, 2020

Cara Menumpu Perhatian melalui Nafas, mudah je ~

Biarkan anak duduk dengan kaki bersila secara selesa,  dua tangan terletak di atas kaki, dan mata tertutup. Jika mereka tidak berasa selesa dengan mata tertutup, anak boleh membuka mata dan memandang sesuatu objek, seperti  lukisan, tingkap atau tangan. Biarlah duduk dengan senyap untuk beberapa minit. Anak berumur kecil hanya boleh duduk kekal  untuk satu atau dua minit. Yang berumur besar sikit boleh duduk untuk seketika, misalnya 10 minit. Masa boleh dipanjangkan perlahan-lahan apabila kesabaran telah  dipupuk.

Apabila anda bernafas, letakkan tapak tangan di atas perut, rasalah gerakan turun naik perut. Langkah ini akan membolehkan anda menumpukan perhatian. Selepas praktis untuk seketika, anda boleh cuba tarik dan hembus nafas dengan dalam. Kenapa kami mahu cuba bernafas dengan dalam? Apabila pernafasan cepat dan cetek, kami akan tergesa-gesa dan tidak berasa ketetapan. Jadi, apabila kami bernafas dengan hembusan yang panjang dan dalam, kami akan berasa relaks dan tenteram.

Apabila anda bersedia untuk duduk dan memerhatikan pernafasan, mungkin anda akan terganggu oleh bunyi kucing, telefon bimbit ataupun bunyi kereta. Mungkin anda tidak berasa tenteram, ini ialah fenomena biasa. Apabila anda terganggu, cuba tarik perhatian balik kepada nafas. Apabila anda boleh menumpukan perhatian terhadap pernafasan, anda akan berasa kedamaian dalaman. Kalau anda boleh praktis dengan ibu bapa, adik-beradik atau rakan-rakan, ini membolehkan anda berasa yakin diri atas perkara yang anda buat. Setiap hari, anda boleh bernafas dengan kewaspadaan  untuk beberapa kali, semasa rehat, senja ataupun sebelum tidur. Ia boleh mengambil masa 5 minit setiap kali . Apabila anda berasa selesa selepas beberapa praktis, anda boleh praktis dengan lebih kerap, ataupun memanjangkan masa bernafas. Pengalaman anda adalah khas kepada diri sendiri.

Dipetik daripada Kewaspadaan Untuk 10 Minit



No comments:

教育网络化

  自 2020 年 2 月起,全球各地因新冠疫情而进入戒备,居家令和保持社交距离变成新常态。幸运的是,自千禧年起,互联网在全世界普及化,生活的种种都借助网络化之便而换了形式,比如电子购物,在网上缴交水电费,电子图书馆,电子商务等等。 3G, 4G 乃至 5G 电讯网络之崛起,更...