Saturday, May 30, 2020

Enam Alam Kitaran Hidup

Menurut kitab Buddishme, terdapat enam alam dalam kitaran hidup dunia kita.  Individu akan menuju ke salah satu daripada enam alam tersebut selepas habis hayat ini. Perbuatan seseorang pada hidup ini akan menjana suatu daya karma yang mendorongi individu yang habis hayat ini ke hidup yang berikutnya. Enam alam ini, termasuklah alam neraka, alam hantu lapar, alam binatang, alam manusia, alam Asura, dan alam syurga. Makhluk di alam neraka sentiasa berasa panas atau sejuk yang melampau. Makhluk di alam hantu lapar sentiasa berasa lapar dan dahaga. Makhluk di alam binatang pula sentiasa dimakan dan diarah untuk bekerja keras.

Seterusnya ialah tiga alam yang berunsur baik. Alam manusia  mengalami hayat yang pendek. Alam Asura sentiasa mengalami pertengkaran. Alam syurga pula mengalami sesuatu yang seronok tetapi kehidupan menjadi malas dan tidak bertumpu. Kitaran hidup berputar-putar ini serupa dengan berada di pucuk jarum,  tidak dapat berasa keadaan yang tenteram and selesa.

Jikalau ingin mengetahui kisah selanjutnya, sila ikuti siri blog saya. Jumpa lagi~


No comments:

教育网络化

  自 2020 年 2 月起,全球各地因新冠疫情而进入戒备,居家令和保持社交距离变成新常态。幸运的是,自千禧年起,互联网在全世界普及化,生活的种种都借助网络化之便而换了形式,比如电子购物,在网上缴交水电费,电子图书馆,电子商务等等。 3G, 4G 乃至 5G 电讯网络之崛起,更...