Friday, June 19, 2020

Anapanasati - kaedah mencapai hidup baru melalui nafas

Menurut Buddhisme Theravada, kaedah Zen atau meditasi dapat dibahagikan kepada dua kategori, iaitu samatha dan vipassana. Samatha ialah kaedah memupuk daya tumpuan manakala vipassana ialah kaedah menjana kebijaksanaan. Hubungan antara samatha dan vipassana sangat erat, iaitu samatha merupakan asas untuk vipassana. Ini merupakan sebab Buddha mengatakan:

"Para pengamal, kamu harus memupuk daya tumpuan. Para pengamal, orang dengan daya tumpuan yang mantap dapat mengetahui kebenaran dengan sejujurnya."

Oleh itu, hari ini saya ingin memperkenalkan anda tentang kaedah asas berlatih samatha untuk memupuk daya tumpuan.

Menurut "Teori Murni Suci", terdapat empat puluh cara untuk memupuk daya tumpuan. Secara umumnya, para pemula dicadang supaya berlatih kaedah Anapanasati, iaitu sentiasa berwaspada dan sedar akan tarikan serta hembusan nafas di bahagian hidung sehingga dapat mengamalkan daya tumpuan yang mantap. Buddha menggalakkan murid-muridnya untuk berlatih Anapanasati. Dia berkata:

“Para pengamal, melalui berlatih  Anapanasati, daya tumpuan yang dibina adalah sunyi dan suprim. Amalan ini ialah tempat singgah hati kami yang suci dan dapat menghapuskan fikiran jahat seketika ia timbul.

Seterusnya, saya akan memperkenalkan prinsip asas berlatih Anapanasati. Pertama sekali, saya menerangkan kaedah meditasi atau duduk dengan diam. Semasa duduk diam, kaedah terbaik adalah untuk duduk di atas satu kusyen untuk meninggikan bahagian punggung. Sesuaikan ketinggian kusyen agar dapat duduk dengan selesa, semula jadi, dan badan tegak. Orang yang tidak biasa dengan kaki bersila boleh meletakkan kaki mereka berdampingan dan rata di atas lantai tanpa menekan satu kaki di atas satu kaki yang lain(bersila). Dengan perlahan-lahan, ayunkan bahagian atas badan ke depan dan ke belakang, memastikan kedudukan yang paling tegak, sehingga badan tidak condong ke depan atau membongkok ke belakang. Kemudian, ayunkan bahagian atas badan ke kiri dan kanan secara perlahan-lahan dan kekalkan kedudukannya dengan betul tanpa memiringkan badan ke sisi sambil menjaga bahu supaya kekal lurus dan relaks secara semula jadi. Rahang bawah ditarik sedikit ke dalam sehingga kepala, leher, dan seluruh tulang belakang dalam sebaris. Kekal postur supaya berasa santai dan selesa tanpa memaksa.

Setelah badan duduk dengan tegak, kekal dalam keadaan diam. Kemudian, relakskan bahagian badan anda dari bahagian kepala hingga ke kaki dengan bertafakur. Kepala relaks, bahu relaks, dan seterusnya kaki. Jangan biarkan otot dalam keadaan yang tegang. Setelah seluruh badan relaks, tutup mata anda dengan semula jadi. Cakap kepada diri sendiri(bertafakur) bahawa saya harus menjaga badan saya agar tetap duduk diam dan tidak membuka mata. Setelah berfikir demikian, lupakan badan seolah-olah badan itu tidak hadir.

Kemudian relakskan mood anda, jangan berfikir bahawa anda sedang meditasi, tetapi bayangkan bahawa anda sedang merehatkan badan dan minda anda. Biarkan semua beban dilepaskan dari bahu anda dan semua kerisauan dihapuskan untuk sementara waktu, sehingga pemikiran yang mengganggu dan rumit  dipadam, dan hati anda  seperti air yang bersih.       

Tumpukan perhatian anda di kawasan persegi antara hidung dan bibir atas, dan perhatikan nafas melalui kawasan ini secara ringan. "Teori Murni Suci" menggambarkan kaedah mengesan nafas ini seperti penjaga pintu yang menjaga pintu. Penjaga pintu hanya memerhatikan pengunjung melalui pintu gerbang dan mengabaikan mereka yang telah memasuki kota atau berjalan keluar dari kota. Bagi seseorang yang berlatih Anapanasati, dia hanya memerhatikan nafas melalui hidung, dan mengabaikan nafas yang telah masuk atau keluar dari badan. Di kawasan persegi di bawah hidung, kadangkala ada bahagian nafas yang boleh dikesan dengan jelas, dan ada ketika nafas tidak dikesan dengan jelas. Meditator hanya memerhatikan nafas yang jelas. 

Jumpa lagi~

Dipetik dari "Pengenalan kepada Anapanasati" daripada Pa-Auk Tawya Sayadaw 

Wednesday, June 17, 2020

Kulat Sawit 油粽菌

在农市上偶尔会看到此菌,常年都有。如其名,就是长在已经收成和被割下的油粽串上的菌类。它只是一个总称,其中包含许多不同类别的菌,比如灰白蚌菌 (cendawan tiram kelabu/putih),  猴耳菌 (cendawan telinga kera/jeli hitam), 鲍鱼菇(abalon), 灵芝, 花菇 等等。农民等其成熟后,把它摘下送往市场,通常在农市或油粽园的路旁。马来网页称其为Cendawan Volvariella 或 Cendawan Jerami。

人们通常用它煮菌汤,或者烧烤,或煎煮。其含有纤维,蛋白,钾,鋅和铁等营养成分。吃起来有嚼劲,带点泥味。可配辣椒一起来炒饭,炒面,也可配其他蔬菜做佐菜。也可配搭海鲜,肉类,可见是种百搭野味。

这是东南亚的新型农产,特别是在马来西亚的油粽园可见其踪迹~

参考:


Saturday, June 13, 2020

Cara Menumpu Perhatian melalui Nafas, mudah je ~

Biarkan anak duduk dengan kaki bersila secara selesa,  dua tangan terletak di atas kaki, dan mata tertutup. Jika mereka tidak berasa selesa dengan mata tertutup, anak boleh membuka mata dan memandang sesuatu objek, seperti  lukisan, tingkap atau tangan. Biarlah duduk dengan senyap untuk beberapa minit. Anak berumur kecil hanya boleh duduk kekal  untuk satu atau dua minit. Yang berumur besar sikit boleh duduk untuk seketika, misalnya 10 minit. Masa boleh dipanjangkan perlahan-lahan apabila kesabaran telah  dipupuk.

Apabila anda bernafas, letakkan tapak tangan di atas perut, rasalah gerakan turun naik perut. Langkah ini akan membolehkan anda menumpukan perhatian. Selepas praktis untuk seketika, anda boleh cuba tarik dan hembus nafas dengan dalam. Kenapa kami mahu cuba bernafas dengan dalam? Apabila pernafasan cepat dan cetek, kami akan tergesa-gesa dan tidak berasa ketetapan. Jadi, apabila kami bernafas dengan hembusan yang panjang dan dalam, kami akan berasa relaks dan tenteram.

Apabila anda bersedia untuk duduk dan memerhatikan pernafasan, mungkin anda akan terganggu oleh bunyi kucing, telefon bimbit ataupun bunyi kereta. Mungkin anda tidak berasa tenteram, ini ialah fenomena biasa. Apabila anda terganggu, cuba tarik perhatian balik kepada nafas. Apabila anda boleh menumpukan perhatian terhadap pernafasan, anda akan berasa kedamaian dalaman. Kalau anda boleh praktis dengan ibu bapa, adik-beradik atau rakan-rakan, ini membolehkan anda berasa yakin diri atas perkara yang anda buat. Setiap hari, anda boleh bernafas dengan kewaspadaan  untuk beberapa kali, semasa rehat, senja ataupun sebelum tidur. Ia boleh mengambil masa 5 minit setiap kali . Apabila anda berasa selesa selepas beberapa praktis, anda boleh praktis dengan lebih kerap, ataupun memanjangkan masa bernafas. Pengalaman anda adalah khas kepada diri sendiri.

Dipetik daripada Kewaspadaan Untuk 10 Minit



Tuesday, June 2, 2020

Hati Penyayang Tanpa Batasan

Sekarang kita ada hubungan darah dengan ibu bapa kita. Perhatian dan kasih sayang mereka alur terhadap kita tidak dapat dibayangkan. Apabila kita menderita kesakitan atau musibah, mereka lebih sedih daripada mereka sendiri yang mengalami  hal tersebut. Sebenarnya, ini merupakan hutang yang saling merugikan pada hidup lalu. Keadaan yang sebaliknya berlaku bagi orang-orang yang kini menjadi musuh kami. Tidak ada musuh pun pada hidup lalu yang tidak menjadi ibu bapa kami. Pada masa ini, walaupun mereka menganggap satu sama lain sebagai musuh yang tidak dapat didamaikan, mereka tidak semestinya berbahaya bagi diri sendiri; walaupun mereka menganggap pihak lain sebagai musuh, pihak lain tidak menganggap mereka sebagai musuh, bahkan jika pihak lain menganggap mereka sebagai musuh, pihak lain tidak bermampuan untuk menyakiti mereka. Lebih jauh lagi, kita juga boleh bergantung kepada sebab rungutan musuh untuk meningkatkan reputasi dalam hidup ini untuk sementara waktu dan menukar hubungan permusuhan ini kepada sesuatu yang baik dengan daya Dharma yang mulia. Dari segi lain, jika anda mengatakan sesuatu yang lembut, maka tidak sukar untuk menukarkannya kepada orang yang disayangi. Sebaliknya, orang-orang yang kini saudara dan rakan juga boleh menipu dan bahkan mengancam ibu bapa mereka. Ada pula kes, iaitu seseorang berpakat dengan musuh untuk merampas harta benda pihak diri. Sekiranya hubungan antara anak dan ibu bapa harmoni, jadi,  ketika anak menderita, ibu bapa lebih sedih daripada anak dalam kejadian itu. Untuk menanggung dosa-dosa  saudara-mara, rakan, dan cucu, mereka mesti dimasukkan ke dalam neraka pada hidup kemudian. Walaupun mereka berharap dapat membetulkan kesalahan dalam hati mereka dengan pengajaran suci, mereka sering terseret oleh penglibatan mereka, seperti  ibu bapa enggan melepaskan anak dan cucu mereka, dan anak-anak mereka tidak dapat meninggalkan ibu bapa mereka. Dari segi ini, saudara-mara lebih berbahaya daripada musuh.

Fikirkan dan gambarkan prinsip yang tersebut di atas. Pertama sekali, gunakan pelbagai kaedah untuk berusaha supaya tidak marah kepada mereka yang sangat menjengkelkan dan tidak menabur rasa benci kepada mereka, melakukan segala yang mungkin untuk memupuk rasa senang diri, dan berhati-hati supaya dapat memandang mereka sebagai individu yang bersifat neutral dan tidak berbahaya. Seterusnya, marilah kita berfikir lagi. Orang-orang yang bersifat neutral ini telah menjadi ibu bapa kami berkali-kali sepanjang putaran hidup. Mereka adalah seperti ibu bapa kami pada hidup ini. Sebelum kami boleh menghulur kasih sayang yang kami hulur kepada ibu bapa hidup ini, kami harus mempraktis berulang kali supaya melahirkan rasa kasih sayang. Pada akhirnya, sama ada orang yang dikasihi, musuh, atau orang bersifat neutral, kami boleh menaruh rasa sayang terhadap mereka, dengan tidak ada perbezaan daripada ibu bapa pada hidup ini. Sebelum kasih sayang ataupun rasa metta yang saksama ini dilahirkan, kami mesti memerhatikan and mempraktis berulang kali. Sekiranya keadaan tersebut itu tidak tercapai, tidak ada rasa metta atau rasa jijik dilahirkan, ini hanya keadaan yang tawar hati sahaja. Ini disebut kemendungan yang tidak menguntungkan dan tidak berbahaya, dan itu tidak setaraf dengan ‘hati penyayang tanpa batasan’. Kasih tanpa batasan yang sebenar adalah seperti pemberian dewa-dewi. Contohnya, ketika dewa-dewi melayan tetamu atau memberi hadiah, mereka tidak ada membeza antara orang yang mulia atau rendah hati, kuat atau lemah, berbudi pekerti atau tua. Dengan cara yang sama, kita harus menyayangi semua makhluk hidup secara saksama, dan memupuk minda kita sendiri berulang-ulang sebelum mencapai rasa sayang yang kekal.


Monday, June 1, 2020

Asal usul manusia dalam buddhisme

Buddhisme tidak mempercayai bahawa ada tuhan ciptaan di alam semesta, tuhan secara khusus yang mencipta kekuatan teologi alam semesta dan manusia. Semua ini dianggap sebagai khayalan.

Buddhisme mempercayai bahawa perubahan dalam bentuk alam semesta dan peredaran proses kehidupan merupakan hasil daripada "daya karma" yang dijana oleh makhluk hidup lalu mewujudkan  sesuatu yang dirasai.

Mengenai penampilan awal kehidupan di bumi, Buddhisme mempercayai bahawa itu ialah dari perubahan, iaitu dari makhluk bersel satu hingga manusia.

Setelah terbentuknya bumi, manusia pertama berasal dari ‘Langit Cahaya dan Suara’  dan Langit Keenam dalam “Dunia Warna”. Karma dewa dari langit tersebut telah habis. Setelah makan sesuatu dari bumi, badannya tambah berat dan tidak dapat terbang, dan terbenam di bumi. Hal ini tercatat dalam "Klasik Abad ", "Sutra Bagunan Arang ", dan "Sutra Asal Usul".

Sebenarnya, apabila ganjaran dewa Langit Cahaya dan Suara sudah habis, dan sebaik sahaja daya meditasi hilang, nasibnya ditentukan oleh daya karma. Dunia yang anda tuju dipengaruhi oleh karma anda sendiri. Dewa-dewa ini telah menabur sebab dilahirkan di Langit Cahaya dan Suara sebelum mereka dilahirkan di Langit tersebut dalam Langit-keenam di Dunia Warna, sehingga mereka dilahirkan di sana dan seterusnya. Sebelum itu, mereka berada di dunia lain. Jadi, asal usul hidup makhluk tidak berkesudahan. Dharma Buddhisme mengatakan bahawa hidup tidak ada permulaan. Bukan ciptaan manusia dengan kekuatan Ilahi, bahkan kejahatan dan nasib baik serta  ganjaran hidup dan kebaikan yang baik pun tidak didorong oleh kuasa Ilahi. Akan tetapi, semua makhluk bergantung kepada karma diri sendiri, nasib yang dialami disebabkan oleh perbuatan and fikiran sendiri, kehidupan tidak berkesudahan, dan tidak akan diputus atau dikuasai oleh apa-apa. Ia hanya bergantung pada karma dan berputar-putar dalam kitaran.


Saturday, May 30, 2020

Enam Alam Kitaran Hidup

Menurut kitab Buddishme, terdapat enam alam dalam kitaran hidup dunia kita.  Individu akan menuju ke salah satu daripada enam alam tersebut selepas habis hayat ini. Perbuatan seseorang pada hidup ini akan menjana suatu daya karma yang mendorongi individu yang habis hayat ini ke hidup yang berikutnya. Enam alam ini, termasuklah alam neraka, alam hantu lapar, alam binatang, alam manusia, alam Asura, dan alam syurga. Makhluk di alam neraka sentiasa berasa panas atau sejuk yang melampau. Makhluk di alam hantu lapar sentiasa berasa lapar dan dahaga. Makhluk di alam binatang pula sentiasa dimakan dan diarah untuk bekerja keras.

Seterusnya ialah tiga alam yang berunsur baik. Alam manusia  mengalami hayat yang pendek. Alam Asura sentiasa mengalami pertengkaran. Alam syurga pula mengalami sesuatu yang seronok tetapi kehidupan menjadi malas dan tidak bertumpu. Kitaran hidup berputar-putar ini serupa dengan berada di pucuk jarum,  tidak dapat berasa keadaan yang tenteram and selesa.

Jikalau ingin mengetahui kisah selanjutnya, sila ikuti siri blog saya. Jumpa lagi~


Wednesday, May 27, 2020

Kitab Sebab Akibat Siri II

Kitab Sebab Akibat Siri 2

1.       Seseorang yang berhenti daripada perbuatan membunuh atau mengancam nyawa makhluk lain akan panjang umur dan jarang sakit.

2.       Seseorang yang tidak mencuri tidak akan mengalami pencurian dan rompakan.

3.       Seseorang yang berhenti daripada  salah laku seks, hubungan suami isteri akan menjadi mesra dan tidak berselisih faham.

4.       Seseorang yang tidak bertutur dengan sesuka hati akan sentiasa dihormati oleh orang lain and menjalin hubungan baik dengan orang lain. 

5.       Seseorang yang tidak mencetus keterasingan akan dilayan baik oleh pengikut.

6.       Seseorang yang tidak bermulut jahat akan sentiasa mendengar sesuatu berita dan informasi yang baik.

7.       Seseorang yang tidak bertutur secara berfoya-foya  akan sentiasa dipercayai oleh orang lain and berwibawa.

8.       Seseorang yang tidak bersikap tamak dapat menunaikan impiannya dengan mudah.

9.       Seseorang yang tidak berniat jahat terhadap orang lain jarang dilanda oleh perasaan kerisauan.

10.   Seseorang yang tidak berpandangan jahat akan sentiasa menerima inspirasi and dapat menjana fikiran serta pandangan yang istimewa.


教育网络化

  自 2020 年 2 月起,全球各地因新冠疫情而进入戒备,居家令和保持社交距离变成新常态。幸运的是,自千禧年起,互联网在全世界普及化,生活的种种都借助网络化之便而换了形式,比如电子购物,在网上缴交水电费,电子图书馆,电子商务等等。 3G, 4G 乃至 5G 电讯网络之崛起,更...