Buddhisme
tidak mempercayai bahawa ada tuhan ciptaan di alam semesta, tuhan secara khusus
yang mencipta kekuatan teologi alam semesta dan manusia. Semua ini dianggap sebagai
khayalan.
Buddhisme
mempercayai bahawa perubahan dalam bentuk alam semesta dan peredaran proses
kehidupan merupakan hasil daripada "daya karma" yang dijana oleh
makhluk hidup lalu mewujudkan sesuatu
yang dirasai.
Mengenai
penampilan awal kehidupan di bumi, Buddhisme mempercayai bahawa itu ialah dari
perubahan, iaitu dari makhluk bersel satu hingga manusia.
Setelah
terbentuknya bumi, manusia pertama berasal dari ‘Langit Cahaya dan Suara’ dan Langit Keenam dalam “Dunia Warna”. Karma dewa
dari langit tersebut telah habis. Setelah makan sesuatu dari bumi, badannya
tambah berat dan tidak dapat terbang, dan terbenam di bumi. Hal ini tercatat
dalam "Klasik Abad ", "Sutra Bagunan Arang ", dan "Sutra
Asal Usul".
Sebenarnya,
apabila ganjaran dewa Langit Cahaya dan Suara sudah habis, dan sebaik sahaja daya
meditasi hilang, nasibnya ditentukan oleh daya karma. Dunia yang anda tuju
dipengaruhi oleh karma anda sendiri. Dewa-dewa ini telah menabur sebab
dilahirkan di Langit Cahaya dan Suara sebelum mereka dilahirkan di Langit
tersebut dalam Langit-keenam di Dunia Warna, sehingga mereka dilahirkan di sana
dan seterusnya. Sebelum itu, mereka berada di dunia lain. Jadi, asal usul hidup
makhluk tidak berkesudahan. Dharma Buddhisme mengatakan bahawa hidup tidak ada
permulaan. Bukan ciptaan manusia dengan kekuatan Ilahi, bahkan kejahatan dan
nasib baik serta ganjaran hidup dan
kebaikan yang baik pun tidak didorong oleh kuasa Ilahi. Akan tetapi, semua
makhluk bergantung kepada karma diri sendiri, nasib yang dialami disebabkan
oleh perbuatan and fikiran sendiri, kehidupan tidak berkesudahan, dan tidak
akan diputus atau dikuasai oleh apa-apa. Ia hanya bergantung pada karma dan berputar-putar
dalam kitaran.
No comments:
Post a Comment