Menurut
Buddhisme Theravada, kaedah Zen atau meditasi dapat dibahagikan kepada dua
kategori, iaitu samatha dan vipassana. Samatha
ialah kaedah memupuk daya tumpuan manakala vipassana ialah
kaedah menjana kebijaksanaan. Hubungan antara samatha dan vipassana sangat erat,
iaitu samatha merupakan asas untuk vipassana. Ini merupakan sebab Buddha
mengatakan:
"Para
pengamal, kamu harus memupuk daya tumpuan. Para pengamal, orang dengan daya
tumpuan yang mantap dapat mengetahui kebenaran dengan sejujurnya."
Oleh
itu, hari ini saya ingin memperkenalkan anda tentang kaedah asas berlatih
samatha untuk memupuk daya tumpuan.
Menurut
"Teori Murni Suci", terdapat empat puluh cara untuk memupuk daya
tumpuan. Secara umumnya, para pemula dicadang supaya berlatih kaedah Anapanasati,
iaitu sentiasa berwaspada dan sedar akan tarikan serta hembusan nafas di bahagian
hidung sehingga dapat mengamalkan daya tumpuan yang mantap. Buddha menggalakkan
murid-muridnya untuk berlatih Anapanasati. Dia berkata:
“Para
pengamal, melalui berlatih Anapanasati,
daya tumpuan yang dibina adalah sunyi dan suprim. Amalan ini ialah tempat
singgah hati kami yang suci dan dapat menghapuskan fikiran jahat seketika ia timbul.
Seterusnya,
saya akan memperkenalkan prinsip asas berlatih Anapanasati. Pertama sekali, saya
menerangkan kaedah meditasi atau duduk dengan diam. Semasa duduk diam, kaedah
terbaik adalah untuk duduk di atas satu kusyen untuk meninggikan
bahagian punggung. Sesuaikan ketinggian kusyen agar dapat duduk dengan selesa, semula
jadi, dan badan tegak. Orang yang tidak biasa dengan kaki bersila boleh
meletakkan kaki mereka berdampingan dan rata di atas lantai tanpa menekan satu
kaki di atas satu kaki yang lain(bersila). Dengan perlahan-lahan, ayunkan
bahagian atas badan ke depan dan ke belakang, memastikan kedudukan yang paling
tegak, sehingga badan tidak condong ke depan atau membongkok ke belakang.
Kemudian, ayunkan bahagian atas badan ke kiri dan kanan secara perlahan-lahan
dan kekalkan kedudukannya dengan betul tanpa memiringkan badan ke sisi sambil
menjaga bahu supaya kekal lurus dan relaks secara semula jadi. Rahang bawah
ditarik sedikit ke dalam sehingga kepala, leher, dan seluruh tulang belakang dalam
sebaris. Kekal postur supaya berasa santai dan selesa tanpa memaksa.
Setelah
badan duduk dengan tegak, kekal dalam keadaan
diam. Kemudian, relakskan bahagian badan anda dari bahagian
kepala hingga ke kaki dengan bertafakur. Kepala relaks, bahu relaks, dan seterusnya kaki. Jangan biarkan otot dalam keadaan yang tegang.
Setelah seluruh badan relaks, tutup mata anda dengan semula jadi.
Cakap kepada diri sendiri(bertafakur) bahawa saya harus menjaga badan saya agar
tetap duduk diam dan tidak membuka mata. Setelah berfikir demikian, lupakan
badan seolah-olah badan itu tidak hadir.
Kemudian
relakskan mood anda, jangan berfikir bahawa
anda sedang meditasi, tetapi bayangkan bahawa anda sedang merehatkan badan dan
minda anda. Biarkan semua beban dilepaskan dari bahu anda dan semua kerisauan dihapuskan
untuk sementara waktu, sehingga pemikiran yang mengganggu dan rumit dipadam, dan hati anda seperti air yang bersih.
Tumpukan perhatian anda di kawasan persegi antara hidung dan bibir atas, dan perhatikan nafas melalui kawasan ini secara ringan. "Teori Murni Suci" menggambarkan kaedah mengesan nafas ini seperti penjaga pintu yang menjaga pintu. Penjaga pintu hanya memerhatikan pengunjung melalui pintu gerbang dan mengabaikan mereka yang telah memasuki kota atau berjalan keluar dari kota. Bagi seseorang yang berlatih Anapanasati, dia hanya memerhatikan nafas melalui hidung, dan mengabaikan nafas yang telah masuk atau keluar dari badan. Di kawasan persegi di bawah hidung, kadangkala ada bahagian nafas yang boleh dikesan dengan jelas, dan ada ketika nafas tidak dikesan dengan jelas. Meditator hanya memerhatikan nafas yang jelas.
Jumpa lagi~
Dipetik dari "Pengenalan kepada Anapanasati" daripada Pa-Auk Tawya Sayadaw
No comments:
Post a Comment