Menurut
kitab Buddishme, terdapat enam alam dalam kitaran hidup dunia kita. Individu akan menuju ke salah satu daripada
enam alam tersebut selepas habis hayat ini. Perbuatan seseorang pada hidup ini
akan menjana suatu daya karma yang mendorongi individu yang habis hayat ini ke
hidup yang berikutnya. Enam alam ini, termasuklah alam neraka, alam hantu
lapar, alam binatang, alam manusia, alam Asura, dan alam syurga. Makhluk di alam
neraka sentiasa berasa panas atau sejuk yang melampau. Makhluk di alam hantu
lapar sentiasa berasa lapar dan dahaga. Makhluk di alam binatang pula sentiasa
dimakan dan diarah untuk bekerja keras.
Seterusnya
ialah tiga alam yang berunsur baik. Alam manusia mengalami hayat yang pendek. Alam Asura
sentiasa mengalami pertengkaran. Alam syurga pula mengalami sesuatu yang
seronok tetapi kehidupan menjadi malas dan tidak bertumpu. Kitaran hidup
berputar-putar ini serupa dengan berada di pucuk jarum, tidak dapat berasa keadaan yang tenteram and
selesa.
Jikalau
ingin mengetahui kisah selanjutnya, sila ikuti siri blog saya. Jumpa lagi~
No comments:
Post a Comment