Sunday, June 28, 2020
姜黄花 Bunga kunyit
Friday, June 19, 2020
Anapanasati - kaedah mencapai hidup baru melalui nafas
Menurut
Buddhisme Theravada, kaedah Zen atau meditasi dapat dibahagikan kepada dua
kategori, iaitu samatha dan vipassana. Samatha
ialah kaedah memupuk daya tumpuan manakala vipassana ialah
kaedah menjana kebijaksanaan. Hubungan antara samatha dan vipassana sangat erat,
iaitu samatha merupakan asas untuk vipassana. Ini merupakan sebab Buddha
mengatakan:
"Para
pengamal, kamu harus memupuk daya tumpuan. Para pengamal, orang dengan daya
tumpuan yang mantap dapat mengetahui kebenaran dengan sejujurnya."
Oleh
itu, hari ini saya ingin memperkenalkan anda tentang kaedah asas berlatih
samatha untuk memupuk daya tumpuan.
Menurut
"Teori Murni Suci", terdapat empat puluh cara untuk memupuk daya
tumpuan. Secara umumnya, para pemula dicadang supaya berlatih kaedah Anapanasati,
iaitu sentiasa berwaspada dan sedar akan tarikan serta hembusan nafas di bahagian
hidung sehingga dapat mengamalkan daya tumpuan yang mantap. Buddha menggalakkan
murid-muridnya untuk berlatih Anapanasati. Dia berkata:
“Para
pengamal, melalui berlatih Anapanasati,
daya tumpuan yang dibina adalah sunyi dan suprim. Amalan ini ialah tempat
singgah hati kami yang suci dan dapat menghapuskan fikiran jahat seketika ia timbul.
Seterusnya,
saya akan memperkenalkan prinsip asas berlatih Anapanasati. Pertama sekali, saya
menerangkan kaedah meditasi atau duduk dengan diam. Semasa duduk diam, kaedah
terbaik adalah untuk duduk di atas satu kusyen untuk meninggikan
bahagian punggung. Sesuaikan ketinggian kusyen agar dapat duduk dengan selesa, semula
jadi, dan badan tegak. Orang yang tidak biasa dengan kaki bersila boleh
meletakkan kaki mereka berdampingan dan rata di atas lantai tanpa menekan satu
kaki di atas satu kaki yang lain(bersila). Dengan perlahan-lahan, ayunkan
bahagian atas badan ke depan dan ke belakang, memastikan kedudukan yang paling
tegak, sehingga badan tidak condong ke depan atau membongkok ke belakang.
Kemudian, ayunkan bahagian atas badan ke kiri dan kanan secara perlahan-lahan
dan kekalkan kedudukannya dengan betul tanpa memiringkan badan ke sisi sambil
menjaga bahu supaya kekal lurus dan relaks secara semula jadi. Rahang bawah
ditarik sedikit ke dalam sehingga kepala, leher, dan seluruh tulang belakang dalam
sebaris. Kekal postur supaya berasa santai dan selesa tanpa memaksa.
Setelah
badan duduk dengan tegak, kekal dalam keadaan
diam. Kemudian, relakskan bahagian badan anda dari bahagian
kepala hingga ke kaki dengan bertafakur. Kepala relaks, bahu relaks, dan seterusnya kaki. Jangan biarkan otot dalam keadaan yang tegang.
Setelah seluruh badan relaks, tutup mata anda dengan semula jadi.
Cakap kepada diri sendiri(bertafakur) bahawa saya harus menjaga badan saya agar
tetap duduk diam dan tidak membuka mata. Setelah berfikir demikian, lupakan
badan seolah-olah badan itu tidak hadir.
Kemudian
relakskan mood anda, jangan berfikir bahawa
anda sedang meditasi, tetapi bayangkan bahawa anda sedang merehatkan badan dan
minda anda. Biarkan semua beban dilepaskan dari bahu anda dan semua kerisauan dihapuskan
untuk sementara waktu, sehingga pemikiran yang mengganggu dan rumit dipadam, dan hati anda seperti air yang bersih.
Tumpukan perhatian anda di kawasan persegi antara hidung dan bibir atas, dan perhatikan nafas melalui kawasan ini secara ringan. "Teori Murni Suci" menggambarkan kaedah mengesan nafas ini seperti penjaga pintu yang menjaga pintu. Penjaga pintu hanya memerhatikan pengunjung melalui pintu gerbang dan mengabaikan mereka yang telah memasuki kota atau berjalan keluar dari kota. Bagi seseorang yang berlatih Anapanasati, dia hanya memerhatikan nafas melalui hidung, dan mengabaikan nafas yang telah masuk atau keluar dari badan. Di kawasan persegi di bawah hidung, kadangkala ada bahagian nafas yang boleh dikesan dengan jelas, dan ada ketika nafas tidak dikesan dengan jelas. Meditator hanya memerhatikan nafas yang jelas.
Jumpa lagi~
Dipetik dari "Pengenalan kepada Anapanasati" daripada Pa-Auk Tawya SayadawWednesday, June 17, 2020
Kulat Sawit 油粽菌
Saturday, June 13, 2020
Cara Menumpu Perhatian melalui Nafas, mudah je ~
Biarkan anak duduk dengan kaki bersila secara selesa, dua tangan terletak di atas kaki, dan mata
tertutup. Jika mereka tidak berasa selesa dengan mata tertutup, anak boleh membuka
mata dan memandang sesuatu objek, seperti lukisan, tingkap atau tangan. Biarlah duduk
dengan senyap untuk beberapa minit. Anak berumur kecil hanya boleh duduk kekal untuk satu atau dua minit. Yang berumur besar
sikit boleh duduk untuk seketika, misalnya 10 minit. Masa boleh dipanjangkan perlahan-lahan
apabila kesabaran telah dipupuk.
Apabila anda bernafas, letakkan tapak tangan di atas perut,
rasalah gerakan turun naik perut. Langkah ini akan membolehkan anda menumpukan
perhatian. Selepas praktis untuk seketika, anda boleh cuba tarik dan hembus
nafas dengan dalam. Kenapa kami mahu cuba bernafas dengan dalam? Apabila
pernafasan cepat dan cetek, kami akan tergesa-gesa dan tidak berasa ketetapan.
Jadi, apabila kami bernafas dengan hembusan yang panjang dan dalam, kami akan
berasa relaks dan tenteram.
Apabila anda bersedia untuk duduk dan memerhatikan pernafasan,
mungkin anda akan terganggu oleh bunyi kucing, telefon bimbit ataupun bunyi
kereta. Mungkin anda tidak berasa tenteram, ini ialah fenomena biasa. Apabila
anda terganggu, cuba tarik perhatian balik kepada nafas. Apabila anda boleh menumpukan
perhatian terhadap pernafasan, anda akan berasa kedamaian dalaman. Kalau anda
boleh praktis dengan ibu bapa, adik-beradik atau rakan-rakan, ini membolehkan
anda berasa yakin diri atas perkara yang anda buat. Setiap hari, anda boleh
bernafas dengan kewaspadaan untuk
beberapa kali, semasa rehat, senja ataupun sebelum tidur. Ia boleh mengambil
masa 5 minit setiap kali . Apabila anda berasa selesa selepas beberapa praktis,
anda boleh praktis dengan lebih kerap, ataupun memanjangkan masa bernafas.
Pengalaman anda adalah khas kepada diri sendiri.
Tuesday, June 2, 2020
Hati Penyayang Tanpa Batasan
Sekarang
kita ada hubungan darah dengan ibu bapa kita. Perhatian dan kasih sayang mereka
alur terhadap kita tidak dapat dibayangkan. Apabila kita menderita kesakitan
atau musibah, mereka lebih sedih daripada mereka sendiri yang mengalami hal tersebut. Sebenarnya, ini merupakan hutang
yang saling merugikan pada hidup lalu. Keadaan yang sebaliknya berlaku bagi
orang-orang yang kini menjadi musuh kami. Tidak ada musuh pun pada hidup lalu
yang tidak menjadi ibu bapa kami. Pada masa ini, walaupun mereka menganggap
satu sama lain sebagai musuh yang tidak dapat didamaikan, mereka tidak semestinya
berbahaya bagi diri sendiri; walaupun mereka menganggap pihak lain sebagai
musuh, pihak lain tidak menganggap mereka sebagai musuh, bahkan jika pihak lain
menganggap mereka sebagai musuh, pihak lain tidak bermampuan untuk menyakiti
mereka. Lebih jauh lagi, kita juga boleh bergantung kepada sebab rungutan musuh
untuk meningkatkan reputasi dalam hidup ini untuk sementara waktu dan menukar
hubungan permusuhan ini kepada sesuatu yang baik dengan daya Dharma yang mulia.
Dari segi lain, jika anda mengatakan sesuatu yang lembut, maka tidak sukar
untuk menukarkannya kepada orang yang disayangi. Sebaliknya, orang-orang yang
kini saudara dan rakan juga boleh menipu dan bahkan mengancam ibu bapa mereka. Ada
pula kes, iaitu seseorang berpakat dengan musuh untuk merampas harta benda pihak
diri. Sekiranya hubungan antara anak dan ibu bapa harmoni, jadi, ketika anak menderita, ibu bapa lebih sedih
daripada anak dalam kejadian itu. Untuk menanggung dosa-dosa saudara-mara, rakan, dan cucu, mereka mesti
dimasukkan ke dalam neraka pada hidup kemudian. Walaupun mereka berharap dapat membetulkan
kesalahan dalam hati mereka dengan pengajaran suci, mereka sering terseret oleh
penglibatan mereka, seperti ibu bapa enggan
melepaskan anak dan cucu mereka, dan anak-anak mereka tidak dapat meninggalkan
ibu bapa mereka. Dari segi ini, saudara-mara lebih berbahaya daripada musuh.
Fikirkan dan gambarkan prinsip yang tersebut di atas.
Pertama sekali, gunakan pelbagai kaedah untuk berusaha supaya tidak marah
kepada mereka yang sangat menjengkelkan dan tidak menabur rasa benci kepada
mereka, melakukan segala yang mungkin untuk memupuk rasa senang diri, dan
berhati-hati supaya dapat memandang mereka sebagai individu yang bersifat neutral
dan tidak berbahaya. Seterusnya, marilah kita berfikir lagi. Orang-orang yang bersifat
neutral ini telah menjadi ibu bapa kami berkali-kali sepanjang putaran hidup.
Mereka adalah seperti ibu bapa kami pada hidup ini. Sebelum kami boleh
menghulur kasih sayang yang kami hulur kepada ibu bapa hidup ini, kami harus mempraktis
berulang kali supaya melahirkan rasa kasih sayang. Pada akhirnya, sama ada
orang yang dikasihi, musuh, atau orang bersifat neutral, kami boleh menaruh
rasa sayang terhadap mereka, dengan tidak ada perbezaan daripada ibu bapa pada
hidup ini. Sebelum kasih sayang ataupun rasa metta yang saksama ini dilahirkan,
kami mesti memerhatikan and mempraktis berulang kali. Sekiranya keadaan tersebut
itu tidak tercapai, tidak ada rasa metta atau rasa jijik dilahirkan, ini hanya
keadaan yang tawar hati sahaja. Ini disebut kemendungan yang tidak
menguntungkan dan tidak berbahaya, dan itu tidak setaraf dengan ‘hati penyayang
tanpa batasan’. Kasih tanpa batasan yang sebenar adalah seperti pemberian dewa-dewi.
Contohnya, ketika dewa-dewi melayan tetamu atau memberi hadiah, mereka tidak
ada membeza antara orang yang mulia atau rendah hati, kuat atau lemah, berbudi
pekerti atau tua. Dengan cara yang sama, kita harus menyayangi semua makhluk
hidup secara saksama, dan memupuk minda kita sendiri berulang-ulang sebelum mencapai
rasa sayang yang kekal.
Monday, June 1, 2020
Asal usul manusia dalam buddhisme
Buddhisme
tidak mempercayai bahawa ada tuhan ciptaan di alam semesta, tuhan secara khusus
yang mencipta kekuatan teologi alam semesta dan manusia. Semua ini dianggap sebagai
khayalan.
Buddhisme
mempercayai bahawa perubahan dalam bentuk alam semesta dan peredaran proses
kehidupan merupakan hasil daripada "daya karma" yang dijana oleh
makhluk hidup lalu mewujudkan sesuatu
yang dirasai.
Mengenai
penampilan awal kehidupan di bumi, Buddhisme mempercayai bahawa itu ialah dari
perubahan, iaitu dari makhluk bersel satu hingga manusia.
Setelah
terbentuknya bumi, manusia pertama berasal dari ‘Langit Cahaya dan Suara’ dan Langit Keenam dalam “Dunia Warna”. Karma dewa
dari langit tersebut telah habis. Setelah makan sesuatu dari bumi, badannya
tambah berat dan tidak dapat terbang, dan terbenam di bumi. Hal ini tercatat
dalam "Klasik Abad ", "Sutra Bagunan Arang ", dan "Sutra
Asal Usul".
Sebenarnya,
apabila ganjaran dewa Langit Cahaya dan Suara sudah habis, dan sebaik sahaja daya
meditasi hilang, nasibnya ditentukan oleh daya karma. Dunia yang anda tuju
dipengaruhi oleh karma anda sendiri. Dewa-dewa ini telah menabur sebab
dilahirkan di Langit Cahaya dan Suara sebelum mereka dilahirkan di Langit
tersebut dalam Langit-keenam di Dunia Warna, sehingga mereka dilahirkan di sana
dan seterusnya. Sebelum itu, mereka berada di dunia lain. Jadi, asal usul hidup
makhluk tidak berkesudahan. Dharma Buddhisme mengatakan bahawa hidup tidak ada
permulaan. Bukan ciptaan manusia dengan kekuatan Ilahi, bahkan kejahatan dan
nasib baik serta ganjaran hidup dan
kebaikan yang baik pun tidak didorong oleh kuasa Ilahi. Akan tetapi, semua
makhluk bergantung kepada karma diri sendiri, nasib yang dialami disebabkan
oleh perbuatan and fikiran sendiri, kehidupan tidak berkesudahan, dan tidak
akan diputus atau dikuasai oleh apa-apa. Ia hanya bergantung pada karma dan berputar-putar
dalam kitaran.
教育网络化
自 2020 年 2 月起,全球各地因新冠疫情而进入戒备,居家令和保持社交距离变成新常态。幸运的是,自千禧年起,互联网在全世界普及化,生活的种种都借助网络化之便而换了形式,比如电子购物,在网上缴交水电费,电子图书馆,电子商务等等。 3G, 4G 乃至 5G 电讯网络之崛起,更...
-
除了 midin 蕨菜外,人们来到婆罗洲不能错过的一道菜是玛尼菜。它在全世界(比如越南,印度,日本,泰国和菲律宾)都有生长,有着不同的名字。在沙巴或马来西亚,人称它为树仔菜。来到砂朥越,砂人叫它玛尼菜,源于它的马来名 sayur manis (意为甜菜)。也有人叫它拉子菜...
-
在菜市看到摊主包装成一袋袋的植物,里头带有叶子,根部有小指般粗。马来文叫cekor或cekur。查了一下,原来是人们平时讲的沙姜。学名叫 Kaempferia galanga Linn ,是一种叫山柰的植物的根部。诗巫这里餐馆会有一道菜肴叫沙姜鸡,据说沙姜炒鸡很配。 据说沙姜...
-
在马来西亚,有一种生命力顽强的河鱼,马来文叫 ikan puyu 。中文别名有很多,比如 攀鲈、步行鱼、过山鲫、巴摩鱼、辟邪鱼、飞鲫、爬树鱼、刺鱼、刺鲫、攀木鱼、攀木鲈、攀山鲈、太阳鱼、海菩萨、海南婆鱼 。而中文学名叫龟壳攀鲈,英文学名是 Anabas testudineus...