Saturday, May 22, 2021

Sutra Hati Yang Mententeramkan Emosi and Minda

 Apabila Bodhisattva Avalokitesvara mendalami Prajñā­pāramitā, beliau menyinari skandha, mendapati kesemuanya kosong dan mengatasi segala kesengsaraan.

Wahai Shariputra, rupa tiada bezanya dengan kekosongan, kekosongan tiada bezanya dengan rupa. Rupa adalah kekosongan dan kekosongan adalah rupa. Begitu juga perasaan, tanggapan, pemaduan dan pengetahuan.


Wahai Shariputra, segala kejadian bercirikan kekosongan. Tidak dicipta mahupun dimusnah, tidak kotor mahupun murni, tidak bertambah mahupun berkurang.


Maka Shariputra, dalam kekosongan tiada rupa, perasaan, tanggapan, pemaduan mahupun pengetahuan. Tiada mata, telinga, hidung, lidah, tubuh mahupun fikiran. Tiada rupa, bunyi, bau, perisa, sentuhan, mahupun kejadian. Tiada lingkungan penglihatan hinggakan tiada lingkungan pemikiran dan pengetahuan. Tiada kejahilan, juga tiada pengakhiran kejahilan. Hinggakan tiada penuaan dan kematian, juga tiada pengakhiran penuaan dan kematian. Tiada kesengsaraan, punca kesengsaraan, penghapusan kesengsaraan, mahupun cara menghapuskan kesengsaraan. Tiada pemahaman, juga tiada pencapaian.


Kerana tiada apa-apa untuk dicapai, hati bodhisattva tidak dikongkong kerana bersandarkan Prajñā­pāramitā. Kerana hati tidak dikongkong, maka tiada ketakutan, mengatasi khayalan songsang dan akhirnya, nirvana. Semua buddha dari tiga zaman bersandarkan Prajñā­pāramitā untuk mencapai kesedaran sempurna.

Ketahuilah bahawa Prajñā­pāramitā merupakan mantera agung, mantera pemahaman agung, mantera gemilang, mantera yang tiada tolok bandingan. Mampu menghapuskan segala kesengsaraan, benar dan tidak berbohong. Lafazkan mantera Prajñā­pāramitā sebegini, "Gate Gate Parasamgate Bodhi Svaha".

No comments:

教育网络化

  自 2020 年 2 月起,全球各地因新冠疫情而进入戒备,居家令和保持社交距离变成新常态。幸运的是,自千禧年起,互联网在全世界普及化,生活的种种都借助网络化之便而换了形式,比如电子购物,在网上缴交水电费,电子图书馆,电子商务等等。 3G, 4G 乃至 5G 电讯网络之崛起,更...