1. Hayat seseorang agak pendek dan sentiasa menghidapi sakit, sebabnya ialah
hidup sebelum hayat ini banyak membunuh.
Terdapat bayi yang meninggal dunia sebaik saja dilahirkan,
bukan sahaja pada hidup ini, malahan berlanjutan selama beberapa kitaran hidup;
ataupun bayi menghidapi penyakit yang sukar dirawat serta mengalami kesusahan
sepanjang hidup. Sebabnya ialah hidup sebelum hayat ini banyak mengancam nyawa
orang lain.
Selepas kita mengetahui sebab-akibat kelakuan membunuh atau mengancam
nyawa orang lain, jadi, apabila kita menghidapi
penyakit, selain mendapat rawatan, kita juga harus sentiasa menyesal terhadap
segala kelakuan yang kita lakukan pada hidup sebelum hayat ini, memutuskan niat
dan kelakuan membunuh, dan sentiasa melakukan sesuatu yang baik, seperti
memlepaskan haiwan (burung, ikan dan lain-lain).
2.
Seseorang akan sentiasa miskin. Dia mungkin memiliki
sedikit harta benda, tetapi hartanya
tetap akan dirampas atau ditukar milik, atau dipaksa berkongsi harta dengan orang lain. Ataupun dia
kenampakan kaya, tetapi harta benda yang dimilikinya sebenarnya agak sedikit. Terdapat
orang yang bekerja keras, memiliki harta tetapi masih tidak dapat menikmati hasil kerjanya. Adapun
yang mengumpul harta sepanjang hayat, tetapi
selepas suatu ketika, harta
hilang akibat kemalangan. Dalam banyak kes, seseorang memiliki harta secara
haram, beruntung secara tidak bermoral, pada mulanya kelihatan banyak harta, tetapi akan mengalami balasan daripada
karma buruknya, iaitu menemui pelbagai kegagalan, dan menjadi semakin miskin.
Semua yang disebutkan di atas merupakan
akibat mengambil harta orang lain secara tidak bermoral, kedekut ataupun
jarang menderma.
Adapun orang yang memiliki harta berbilion-bilion, dia masih tidak
berasa tenang hati dan berpuas hati. Jutawan seperti ini tidak pandai berbuat baik dengan harta
yang dimiliki, atau menderma wang dengan hati yang ikhlas, hati mereka lebih
rendah daripada orang miskin yang sentiasa berpuas hati dengan keadaan sedia
ada. Sebenarnya, mereka sedang mengalami kelaparan (salah satu alam dari enam
alam utama dalam kitab buddhisme).
3.
Seseorang akan memiliki pasangan yang hodoh atau
malas akibat daripada salah laku seks.
Pasangan suami isteri tidak sudi menanggung tanggungjawab
untuk keluarga, tidak suci hati dalam kehidupan keluarga, sentiasa bergaduh dan
bermusuhan serta tidak menghargai sumbangan.
Kesemua perbuatan di atas ialah akibat daripada salah laku seks. Oleh
sebab itu, suami isteri tidak seharusnya saling membenci. Kita harus menyedari
bahawa kesemua ini merupakan karma daripada hidup sebelum hayat ini. Jadi, kita
harus bersabar.
Pada
zaman ini, banyak keluarga berdepan dengan situasi, seperti berselisihan faham,
tidak mendidik anak dengan sempurna lalu menyebabkan banyak masalah sosial.
Dari segi karma, jika kebanyakan orang tidak melanggar pantang seks jahat ,
banyak masalah keluarga dan sosial dapat diselesaikan. Renpoche Danba berkata: ”Hubungan
antara suami isteri tidak kekal untuk selama-lamanya, masa bersama-sama terhad
pada hayat ini. Hubungan pasangan suami isteri ibarat pasar raya, ia akan
bersurai apabila tibanya masa. Jadi, janganlah bergaduh sesama suami isteri.”
4.
Seseorang sentiasa difitnah ataupun ditipu pada
hidup ini. Hai ini berikutan seseorang
berkelakuan suka cakap bukan-bukan pada hidup sebelum hayat ini.
Ada orang yang tidak melakukan apa-apa kesalahan, tetapi
sentiasa disyaki dan difitnah, tidak melanggar peraturan tetapi dituduh sehingga
ditipu apabila membeli sesuatu. Kesemua ini berikutan seseorang suka bercakap
bukan-bukan pada hidup sebelum hayat ini. Apabila mereka menghadapi kesusahan ,
mereka seharusnya menyesal apabila salah cakap, tidak tersinggung perasaan atau
benci akan penipu. Pada hakikatnya, perbuatan ini boleh membersihkan karma
buruk yang pernah dilakukan dan seseorang harus berasa senang hati kerana
penipu atau penuduh telah menghapuskan ketamakan yang ada pada diri sendiri,
membuka jalan supaya kita meneruskan perjalanan dalam proses penyermpurnaan
diri. Hal ini mungkin kedengaran pelik, tetapi penipu and penuduh sebenarnya telah membina jasa baik kita.
5.
Ketidaktenteraman antara pasangan suami isteri,
pergaduhan dan kebencian antara saudara mara dan rakan-rakan ialah akibat
daripada salah laku mencetus keterasingan pada hidup sebelum ini.
Murid-murid tidak mendengar atau mematuhi arahan guru-guru
tertentu, rakyat tidak menghormati
pemimpin tertentu dan pekerja berkelakuan tidak baik terhadap tauke tertentu. Keadaan seperti pertengkaran antara ahli-ahli, orang bawahan
tidak melaksanakan tugasan yang ringan sahaja, sampailah pemimpin marah,
barulah mereka bergerak dengan hati tidak sudi. Keadaan ini berlaku kerana
orang atasan mencetuskan keterasingan pada hidup sebelum ini. Apabila orang
atasan menghadapi keadaan ini, mereka harus menyesal tentang perbuatannya pada hidup sebelum hayat ini dan berusaha untuk menghilangkan percanggahan
antara ahli-ahli.
6.
Ada orang yang sentiasa mendengar suara yang
tidak merdu ataupun diri menjadi punca
pertengkaran orang lain. Sebabnya ialah seseorang tidak bertutur dengan
sempurna. Dalam erti perkataan lain,
mulut jahat pada hidup sebelum hayat ini.
Karma mulut jahat adalah sangat berat. Kata orang Tibet: “Kata bukan senjata, tetapi
boleh menikam hati seseorang.” “Mulut
jahat, sentiasa berdampingan kebencian, terutamanya terhadap guru dan pemimpin,
balasan salah laku ini tidak dapat dihuraikan, sampailah satu situasi akan
menyebabkan kesukaran untuk melepaskan diri daripada kesengsaraan.
Terdapatnya banyak kes untuk salah laku jenis ini dalam kitab
Buddhisme.
7.
Kata orang yang sentiasa bercakap senang pada
hidup sebelum ini dan menjadi tidak berwibawa pada hidup ini, tidak dapat
bertutur dengan fasih, dan tidak mudah memperoleh kepercayaan dan mendapat kehormatan
daripada orang lain. Walaupun kata seseorang itu adalah benar, tetapi orang lain
tetap tidak mempercayainya. Oleh hal sedemikian,
apabila bercakap dengan orang lain,
pertuturannya adalah lemah and tidak diambil berat.
8.
Sesuatu yang dikehendaki sukar dipenuhi,
sebaliknya seseorang itu sentiasa
menemui sesuatu yang tidak dikehendaki. Semua ini ni merupakan karma akibat ketamakan.
9.
Orang yang sentiasa berniat jahat terhadap orang
lain akan sentiasa berasa takut dan risau. Pada masa yang sama, mereka senang
disakiti oleh orang lain.
10.
Orang yang berfikiran jahat sentiasa keliru
terhadap perkara yang dilakukan oleh
sendiri, dan selalu mempengaruhi orang lain dengan mengelirukan orang lain.
Jadi, dia tidak dapat mengenal pasti perkara yang baik daripada buruk dan
sentiasa diganggu oleh penjahat.
Selain
itu, salah laku yang berkaitan dengan keangkuhan akan menarik karma yang mudah
dibuli. Orang yang sentiasa
menaruh iri hati terhadap orang lain akan menerima balasan yang sama. Semua ini
merupakan kekekalan prinsip sebab-akibat.
~Dipetik
daripada KItab Maha Sempurna (Tibet)